Thursday, April 3, 2014

2 in 1

Assalamualaikum

Hari nie mood nak update blog dtg, so lynkan je la yer walaupun diri x berapa sihat, jap rasa nk demam, pastu sakit tekak. Si dia cakap, demam sebab bertunang kot.. erkkk.hehehe

Ok lah, sementara ingatan ni masih fresh lg, moh la kita cerita serba sedikit kisah  2 in 1. Actually, bukan nak promote produk 2 in 1 nescafe ke milo ke ape ok,  no no no.. ni nak story pasal majlis merisik + bertunang. Sebenarnya, pada perancangan awalnya juz nak merisik je, sbb me dah bincang nga si dia yg me x nak bertunang, leh save budget kat situ and my family pun x kisah if x buat majlis bertunang sebab ma cakap, buat merisik je, pastu kira jadi terus la. Ma bukan ape, fikir si dia pun duk jauh, susah nk dtg bnyk kali. Selangor ke Kelate, jauh kot. So, kptsn muktamad, buat majlis merisik je. So, me dengan si dia pun pergi la cari cincin.Beli cincin belah rotan je, sebab mmg untuk merisik. So, lps da settle semua, da beli brg2 yg nk dibuat hantaran, tp xde la mcm brg hantaran pun, just sbgai hadiah untuk kedua2 belah pihak. 

Ok nak dijadikan cerita, ibu si dia nak jugak buat majlis  bertunang. Pada mulanya mmg me x setuju, sbb  fikir, nanti kasihan kat si dia, nak kena beli cincin tunang bagai. Siap gaduh lagi sebab hal ni. Gaduh2 manje je tau.hehe. Bukan ape,me kalau boleh nak buat simple2 je sbb tu  mana pikir nak beli baju ke ape, just pakai baju yg mana ada je masa majlis nanti. Tapi, bila si dia cakap, I'm the only one menantu perempuan dalam family dia, dan dia just nak penuhi impian ibu nga ayah dia, so me mengalah dan hormat keputusan dia. Tapi, masa ni me x bgtau parent lg sbb tkt  tibe2 plan berubah ke apa. So, si dia cakap la, ibu dia nk turun Shah Alam sbb nak beli cincin tunang tu. Time tu, lau ikutkan hati mmg x nak pergi sbb mood  mmg on off time tu. Kesian si dia, sbr lyn kerenah kekasih hati. Tp lastly ibu die x jd dtg sbb nenek die sakit, tgh nazak jugak la time tu. So, me pun x kisah la kan. Dalam otak ni, duk fikir maybe x jd da kot majlis merisik ni sebab time tu tinggal 3 hari sebelum majlis. Si dia time tu mmg x blk kg lagi sbb get ready kat Shah Alam, if anything yg lbh teruk happen kat nenek dia, sng die ambil adik die nanti. So, pada hari rabu tu, 26 March 2014, dlm kul 11, si dia tel cakap nenek die dah x ada. Innalillah.. So, si dia minta me kuar awal time tu, sbb plan nye lps blk kerja si dia akan hntr me kt rumah my sis, sbb esokkannya nak balik Kelantan. Nasib baik bos bg pelepasan balik awal time tu. Tgk si dia time tu , me agak risau jugak, sbb si dia plg rapat dgn nenek. Masa otw nak g rumah angah tu, kat mind  mmg fikir yg majlis mmg x jd dah. Tel ma, bgtau pasal nenek die da meninggal dan rombongan maybe x jd dtg. Ma pun cakap x pe walaupun dlm hati time tu rasa sedih jugak. Tp, mlm tu, si dia msg bgtau jd dtg, ape lagi mesti la happy kan. heheh. 

Bila da sampai Kelantan tu, bgtau ma yg family dia jd dtg. So, mlm tu kitrg bincg2 la 1 family nk masak menu apa nanti.Last minit jugak dpt tau yg ibu dia beli cincin tunang. Gelabah jugak time tu. Family pun da risau time tu, sbb x prepare ape2 pun kan, sbb ingat just merisik je. Nak beli cincin untuk si dia pun, kat Kelantan kedai mana buka hari Jumaat. So, me pun ckp la kat ma, x pela ma, kita buat mana ada je, buat simple2 je. 

Hari majlis pun tiba iaitu on 29 March 2014, pg2 lagi lepas solat subuh me da start busy. Mana tak nye, pg tu la baru nak hias barang2 yg nak diletak atas bekas hantaran. Plan before ni, mmg ingat nak letak dlm paper bag @ kotak je, tp kena marah nga my mom. Nasib baik bekas2 hantaran time k.ngah kawen dulu ada lg, so k.lang nga ma la yg tolong gubah. hehehe.. Lepas da settle tu, mula la me membizikan diri kat dapur. Tolong mana yg patut. Tak menang tgn jugak. Risau makanan x sempat masak je, sbb rombongan bertolak dlm kul 10 dr Gua Musang. Dalam setengah jam ++ da blh sampai kat rumah. Bila dpt msg dr si dia yg dorang da bertolak, mula la me kalut nak gi mandi. hahaha.Lepas tu cepat2 siap. Bila rombongan sampai, me mmg tgh pakai tudung time tu, mmg kalut giler ase time tu. Nak pakai bedak kat muka sendiri pun terketar2 tangan ni. hahaha. Rupa mcm ape time tu, mmg x fikir dah, cepat2, kuar dari bilik gi salam nga family si dia nga sedara mara die. Lepas tu, majlis pun bermula...

Layankan je la gambar ni. Memang xde gmbr yg ok. Ni pun ambil  dr hp abang ipar.



Sesi perbincangan



Cincin Risik

Cincin Tunang


Cincin Tunang dan cupcake made by his aunt.



Simple je kan..


                   
                
                      Baru sempat nak berselfie after da settle cuci pinggan mangkuk kat dapur..Hahahah

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Majlis yg cukup simple, tp sgt bermakna. Sekarang ni fokus pada majlis kahwin lak. Insya Allah, semoga semua di permudahkan. 

:)