Tuesday, December 30, 2014

Penghujung 2014

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik dah nak ke penghujung tahun 2014 dah. Rasa kejap je kan masa berlalu.. Tak lama lagi dah nak tukar status. ehhh.. hehehee

Kalau cerita pasal azam 2014 ni, ase macam ada yg dah tertunai, ada jugak yang belum. hahaha. Tapi selalunya tak pernah tercapai semua azam tiap2 tahun. Jadi bersyukurlah jika azam dah ditunaikan dan yang belum dapat ditunaikan, tak pe, tahun depan ada lagi..Insya Allah jika masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, kita sama2 usaha untuk perbaiki diri  dan kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Aminn..
Sepanjang tahun 2014, Alhamdulillah banyak perkara manis dari pahit. Tahun ni, on raya cina dapat beli aset pertama iaitu cik vivaku.. hahaha.. Walaupun bukan kereta impian, tapi syukurlah, berguna untukku nak ulang alik pergi kerja dan balik kampung disamping mengurangkan rasa takut untuk drive. Nak pakai keta pun kena padan ngan gaji.. I ni gaji kecik je, so kena la pakai keta kecik2 gak..Nak2 lagi harga minyak dah naik, fuhh.. berpeluh ase..rasa macam duit mengalir macam air. Terasa sangat tau..
On March lak, I da selamat dipinang. ahahhaha.. kiranya dah selamat jadi tunangan orang. Majlis yang cukup simple tp sangat bermakna. Dah 9 bulan bergelar tunangan orang. Insya Allah lagi 3 bulan tukar status lagi.hehe. Dalam tempoh bertunang ni, so far Alhamdulillah..gaduh kecik2 tu biasala, paling lama gaduh pun, sehari dah baik balik. Selalunya I lah yg jd puncanya.. hahhaha.. pompuan, emosi ni swing sikit.. nak2 lagi bila bulan mengambang.. ada je yg tak kena. Kadang2 kesian gak kat encik tunang..tp nasib baik la die ni jenis penyabar org nye.. paling kurang pun, bagi bunga + coklat ke kek, comfirm lepas tu mood ok balik. hahahhaha.. mengada sangat tau.:P
Raya kelima lak, my sis dah selamat jadi bini orang dah. Fuhh, lega..tak payah langkah bendul.hehehe. Yela, on my engagement tu, tak de la bunyi khabar angin kak lang nak kawen.. tup2 bln 5 die gtau nak kawen. Katenya bercinta selepas nikah. Alhamdulillah, semua dah selamat.Kalau ikut turn, mmg turn I la sekarang. Sekarang pun kak lang ngah pregnant. Bunting pelamin katanye.hahaha.So, bulan 5 tahun depan dapat anak buah lagi.Bestnyer..hehehe
Citer pasal anak buah ni, 21 Oktober lepas,kak long i da selamat lahirkan baby boy iaitu Che Aniq Kashfullah.  Kira baru 3 orang lah anak buah sekarang. Tahun depan tambah lagi sorang. Ramai2, meriah sikit umah nak2 lagi bila time raya @ semua berkumpul kat rumah abah.
Banyak2 cerita gembira tahun ni, tak sangka baru2 ni Tuhan uji dengan ujian yg sgt hebat..Musibah banjir teruk di Pantai Timur. My family iaitu kak long antara mangsa banjir yg terlibat.Rumah totally lost. Tak tahu nak cerita mcm ne lagi sebab dah masuk hari keenam hari ni tapi still tak dapat contact kak long sekeluarga, dan still tak dapat contact abah kat kg jugak ekoran bekalan elektrik, air dan coverage terputus. Tp my cousin bagitau abah ok, cma duk bergelap la.. stok mknn pun x de sbb semua perhubgn luar terputus. Risau since abah duk sorg kt rumah while my mom pergi umrah..Tapi my mom baru balik hari ahad 28/12 hari tu.. 1 hb Jan ni Insya allah akan balik kg. Paling dirisaukan kak long sekeluarga la.. mcm mana la keadaannya.. Fikir anak2 buah lagi, mkn cukup ke tak, tdo dlm kesejukan.. Allahu, sebak hati ni bila fikir keadaan dorang. Hanya doa yg mengiringi. Menghitung hari nak balik kg.





Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum..

Baru taip tajuk entry dah meleleh air liur.. Hahaha. mmg da jd viral kt fb skg ni pasal Jeruk Mangga Asam Boi ni dan me salah seorang mangsanya.. Ishh, baru tgk gambar org duk post kt fb tu pun me dah kecur air liur.. Ni tak boleh jadi ni.Nak2 lg me mmg suka mkn asam2 ni. So, me pun proposed la kt en teman gmbr jeruk mangga asam boi ni.. dgn hrpn dpt la mkn nnti..hehehe. Nak di jadikan cerita, mlm tu en.teman bawa la pergi tesco, die ckp tgk kt tesco kot2 ada. Me masa tu x nak bg harapan sgt, sbb takut non hado.. kuciwaaa nanti. Tp,nsb baik ada.. Alhamdulillah... masuk dlm keta terus mkn..hahaha.. xsedar perut kosong masa tu, terus mkn asam.hahaha. 

Tapi kan,.. mengidam tak habis lagi ni.*over tau..mngalahkan mak buyong lak..hahaha. So, hari Selasa tu, after blk keje, and dinner kt SACC Mall tu, intai2 jugak kat dlm Giant tu if ada mangga muda, tp xde jugak.Kebetulan teringat  ada pasar mlm kt Seksyen 17. Time tu pun da nak kul 9 dah, dgn harapan kedai msh bukak lagi. Tujuannye hanya 1, nak beli buah mangga.. Mostly buah mangga yg masak je ada jual, kecewa dah time tu. Tapi nasib baik la ternampak kt kedai jual sayur2 tu, ada la mangga muda.. tu pun, ada yg dah nak masak.So, beli la dlm 5 biji. Tercapai jugak hajat nk buat jeruk sndri. Hahaha.

So, blk rumah ape lagi, terus la gigih kupas mangga ni. Senang je nak buat jeruk mangga asam boi ni..Meh sini, nak share sikit resepinyer.hehe.

Bahan-bahan:
1) Mangga
2) Asam Boi
3) Gula
4) Garam
5) Cili Padi

Cara-caranya adalah;



Kupaskan buah mangga tu, then potong la ikut bentuk yang korang nak.



Lepas tu basuh buah mangga tu dan toskan.

Kemudian masukkan gula dan sedikit garam, taburkan atas buah mangga tu dan gaulkan. Sukatan untuk gula tu, me main letak je, lbh kurang 3 sudu besar.Tapi depend la pada korang, ikut selera masing2. Ha.. lps tu, letak la asam boi dan taburkan cili padi yg telah dihiris kiut2 itu..



Lepas tu, simpan la dalam peti ais, 4-5 jam. Makan sejuk2 mmg sedap ok. Sekali hadap je dah habis. hahaha.Macam kena buat lg jer..hehehe.


=)

Monday, October 13, 2014

6 Month to go...

Assalamualaikum..

Hai korang2 semua.. Hari ni dtg mood nak update blog.. Pasai pe? Pasai bosan tak de kerja nak wat.hahaha. Macam ni lah pekerja cemerlang.. pfff. Dah masuk bulan 10.. Kejap je kan. 5 Oktober hari tu, kita umat Islam tlh menyambut Hari Raya Aidil Adha. Seronok balik kampung ni, walaupun raya kedua dah kena nek kl dah sbb nak hantar adik kat airport.huhu

Okayla, sedar tak sedar, dah 6 Bulan bergelar tunang orang ni..means I have less than 6 month to be someone wifey.Insya Allah..Alahai, kejap je ase masa berjalan. Perasaan setakat ni nak kata nervous tu x rasa lg tp pening kepalo + stress tu ado la.. Hoii, banyak nak pakai duit untuk kahwin ni.. Mana nak cari ongkosnyer.. hahahaha. *tetiba da kuar bahasa Indon. Hahaha. Dengan me yg gaji ciput ni, mmg terasa la sgt duit tu mengalir..

Actually,  for the preparation as bride to be, so far me dah start prepare apa yang patut. Checklist? Of course kena ada sbb senang nanti nak check apa yang da settle, mana yang masih on progress and so on..  So sekarang, me tengah buat doorgift. Ada masa terluang sikit kat rumah sewa tu, me buat la. Maklumlah, bila buat diy doorgift ni, mmg take time sikit plus kena banyak bersabar.. Time rajin je buat, time malas jgn harap nak sentuh benda alas tu. hehe..Doorgift apa yang me ngah buat, tu nanti kita cerita di next entry. ehehe.. Memandangkan tarikh dah pun ditetapkan masa after raya puasa hari tu, so sedikit sebanyak bolehlah bantu me buat persediaan apa yang patut diselesaikan dulu.  Barang hantaran pun, da start beli sikit2 lps tunang hari tu.  Untuk barang hantaran ni, make sure kalau brg tu mcm jam ke, perfume ke, x usah la beli awal2 k. Bukan apa, sbb nti kualiti die jd kurang.. so, satu @ dua bln nak dekat majlis boleh la kot nak beli. Baju family pun, me dah beli kain pasang dan masa balik raya haji hari tu da pass kain kat family untuk dorg jahit. Takut nanti lmbt2, x sempat nak jht lak..Cuma baju untuk abah, abang, abang2 ipar dan adik lelaki nanti lah pergi cari..hahaha.. awl lg nak beli. Color pun me main pilih je, sbb pikiran ni berubah2, kejap nak warna silver la, turqoise la, pink la.. hahaha.Lagipun tema majlis pun tak decide lg warna apa.. Tak tahu dorang berkenan ke tak, biaq pi la.. org da beli.. cantik ke tak tu lain cerita.. Terima lah seadanya..hahaha. Baju akad nikah nanti pun, just survey2 jer dulu sekarang. Beli awal2 kang takut terkecik ke, terbesar ker...hehehe. Bridal pun masih survey lagi..tu pun through fb jer. Just list dulu butik2 pengantin yang okay sekitar Gua Musang dan Kuala Krai. Nanti balik Kelantan kita terjah butik2  pengantin tu dan kenalah booking terus sbb tak ada masa dah kalau tak booking awl2. 

Okaylah, Insya Allah if mood + idea datang, me share pasal my wedding preparation k sbb me sendiri pun suka terjah blog2 b2b yg lain yang cerita pasal wedding preparation dorang. Dari situ leh take note apa yang penting , checklist dan the most important dapat idea utk majlis nanti dr segi pelamin, baju, theme and juga favor for guest.hihi..

Stay tuned :)


Friday, August 29, 2014

Jamuan Raya Desperado Housemate

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.. yeay, esok cuti sampai Isnin. :). Hari ni pun ramai yg da ambil cuti kot balik kampung since hari Isnin cuti sbb 31 Ogos merdeka. So, cuti Merdeka tu hari ahad ditarik cuti ke hari Isnin. sbb sunyi sepi je tgk area office ni. 

Hari ini dah 3 Zulkaedah. maknanya raya dah habis. Cukup2 lah tu raya,kita tunggu bulan Oktober ni pula, kita sambut raya Haji lak. yeaayyy. Entry kali ni nak up kisah jamuan raya Desperado Housemate. Desperado Housemate ni geng2 rumah masa degree. Tak ingat dah mcm mana leh dapat nama tu. Tuan rumahnya haruslah si Tyma sbb Tyma je yg ada rumah sendiri dan dah berkeluarga. So, plan nak ke rumah Tyma ni sebenarnya sblm puasa lagi. Tapi tu lah, ada je halangan yang xdpt dielakkan. So, aku dengan si Sem pun plan untuk pergi beraya ke rumah Tyma. Boleh la guna alasan raya. Lagipun, dah lama x tgk baby Hannan. Last jumpa pun masa Yana kahwin. Kali ni mmg dah nekad dah, sapa yg nak join, join,sape yang x dapat join, x mengapa. So, last2, aku, Sem nga Laili je yg join. So, tnya si Nawal sekali yang nun jauh di Melaka nak join ke tak.. and Nawal ckp nak. yeay walaupun kena pickup Nawal dekat Terminal Bus Seremban, tp x kisahla , janji dapat kumpul ramai2. *ramai la sangat. hahaha. Si Syikin  lak, ingt dapat join, tp die cakap kul 3 bru die sampai kat ktm Seremban.. agak lwt kot if kitrg nk stay lama2.. So, kitrg berempat je la yg dtg beraya ke rumah Tyma. 

Kitaorg pergi hari Ahad, since Laili kerja hari Sabtu. So, dlm kul 11 mcm tu kitaorg gerak dr Shah Alam. Lepas ambil Nawal dkt terminal bus around 12 + , kitrg terus gerak ke Senawang dengan menggunakan khidmat waze. Thank you waze. walaupun bla da sampai taman perumahan si Tyma tu agak pening jugak, sbb banyak sgt lorong rumah.Nasib baik jumpa jugak.hahhaa.

Us..haruslah kita berwefie dulu..haha . Baby Hanan pandang mana tuu..


Mari lah kita makan kuih raya dulu sbb masing2 dah kelaparan sebenarnya sbb x breakfast lg. hahaha.



   
Baby Hannan pandai tgk kamera ye..

Baik je baby Hannan ni tau. Tak nangis pun.. sesetengah budak dengan org yang die x kenal kompem dah nangis. Muka sebijik macam abah die si Hafiz. ada lesung pipit lak tu.. Moga membesar dengan baik ye, jd anak yang solehah.

Okay, menu utama dah siap..ape lagi, jom terjah. hahaha. 


Kitaorang dah siap pesan dah kat Tyma suh masak sedap2 nanti, sbb nk dtg bawa perut kosong je. hahaha. Tyma nga husband die masak nasi chicken chop. sedap2, I siap tambah lg tau..hahaha. 

Borak, mkn2 bagai x sedar dah kul 3.. bus nawal lak kul 4.30. so, kitarg solat Zohor terus kat rumah Tyma sebelum balik. 

Nawal... bakal jd tunang org dah ni..hehehe
Okay lah, perut pun dah keyang, so kami pun beransurlah pulang.  Hujan lebat kot time tu.. banyak pulak air bertakung kat sepanjang jalan.  Lepas hantar si Nawal kat Terminal bus, terus bertolak balik.. Sampai Shah Alam, perut ni masing2 dah lapar balik. Maybe sebab hujan kot. So, kitaorg decice makan something yang berkuah macam sup bagai.. sebab x tahu nak makan kat mana, so I decide makan kat Old Malayan Kopitiam kat Seksyen 7.

with Sem aka Sema Abdul


Kurus je si Sem ni. Kuat nau keje nye.. I'olls is jeles tau tgk si Sem ni kurus.. Sem ni teman plg best lau nak gosipp. hahaha

Laili


Laili yg happy go lucky, baik org nye. Si Laili ni baru balik dari Dubai. best nye kerja kat travel agency ni, blh ke oversea.. Thank you Lai for the perfume and fridge magnet from Dubai..hehe

Borak punya borak, x perasan hari da gelap. Aishh, mcm ni la bila masing2 jumpa, ada je cerita yg kuar. Jadi, marilah kita mengundurkan diri.  huhu.

Last but not least, terima kasih Tyma dan husband sbb sudi terima kunjungan kami ni. Insya Allah, ada masa kita jumpa lagi.

Tyma  aka tuan rumah

Bye :)

Tuesday, August 19, 2014

Raya 2014


Assalamualaikum

Dah masuk Syawal ke 23, baru nak update pasal raya .. hehe. Takpe, raya kan sebulan. Masih berbaki 7 hari lagi kan. So, mood raya still on okay. Raya tahun ni biasa-biasa je, sederhana je memandangkan raya kelima my sister kahwin. So, preparation more to her big day. So, tahun ni, first raya, tak de pakai baju raya sedondon macam tahun sebelumnya. So, pakai ikut suka hati jer. Tapi, all ladies in da house pakai jubah gituuu.. Tak pakat pun, sbb masing2 sorok baju raya masing2. I jer yang beriya2 tunjuk baju raya kat family. Raya tahun ni pun, tak semua dapat balik. My sister yg sulung, raya rumah mertua, then my abang pun tak dapat balik, sebab ada operasi kat Lahad Datu. Bulan September baru balik. Kesian kakak ipar beraya tanpa suami tahun ni. 


Macam biasa, pagi2 da bersiap untuk solat sunat Aidilfitri. Balik dari Masjid, tgh bersiap2 dalam bilik, da riuh rendah dah kat ruang tamu. Macam tu la, bila pagi raya dah ramai yg datang beraya. Nak tak nak, kena la layan kan. Nama dah hari raya. Ehh, jgn salah faham yer. bukan tak suka tetamu datang rumah, cuma kan lagi bagus, pagi tu bia ahli keluarga masing2 berkumpul, bersalam-salaman , minta maaf bagai, pastu ambil  gambar family. Lepas tu, baru la sesi ziarah menziarah umah jiran, sedara mara. Betul tak?.. Ni tak, kul 12 lebih baru kami dapt salam, minta maaf nga family. Tu pun, abah time tu dah tukar baju dah, sbb panas, then nak ke kebun lak. Maklum lah, musim durian, mmg ramai la yg nak durian time tu.

Ni antara buah durian hasil dari kebun abah


So, dipendekkan cerita raya tahun ni, biasa2 aje. Cukup sederhana, walaupun tetamu tak putus2 datang beraya. Raya tahun ni pun, sorang je kawan I yang datang beraya kat rumah iaitu bestfriend I si Adie tu.  So sad.. Selebihnya, i yg g beraya umah kawan2 dan jumpa masa jamuan raya batch SPM 2006. Tapi ok la kan dari x jumpa langsung. hehehe.

Meh layan gambar raya yg x seberapa ni. Tak banyak pun gambar dlm handphone ni, sbb selebihnya dalam kamera adik. Dia tak sempat transfer kt laptop lg. Jadi, tgklah mana yg ada yer.. hehehe.

Selamat Hari Raya dari tuan punye blog dulu...


Da tengahari baru sempat nak minta maaf, peluk cium bonda


Kurus je ma time ni, sbb x cukup rehat uruskan majlis kahwin kak lang.. Masa raya hari tu pun, ma demam. So, xde lah nak merasa ketupat yg ma buat.. huhu. 

Adik Bongsu aka satu2 nye adik perempuanku


Anjang aka satu2 nye adik lelakiku



Kak Lang aka pengantin baru

Ni gambar masa jamuan raya  batch kitaorg. Tak ramai pun yg hadir, sbb masing2 ada komitment dengan kerja dan ada yg dah berkahwin kena raya rumah mertua.

Add caption

Masa ni I baru nak berkenal2 nga dak2 laki dlm gambar di atas. Mmg x ingat nama sape, sbb tak sekelas. hehehe.


Semua bukan rakan sekelas ku. Tapi kawan tetap berkawan, Giteww

Ok lah, itu je cerita raya untuk tahun 2014. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki, kita up entry raya tahun 2015 lak yer.. hehe. So, dikesempatan ini,  I nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua, Maaf Zahir Batin.

=)

Wednesday, June 25, 2014

Nak Puasa dah kita..

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, lagi 3 hari nak puasa dah. Rasa kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lepas raya..amboi... over sgt.hahahaha. Bila da masuk bulan ramadhan nie, perbelanjaan tu kira lain da sikit. Harap blh la berjimat. Azam nak masak je sepanjang bulan Ramadhan ni. Jarang2 sekali boleh la berbuka kat luar dgn kawan2 dan en.tunang. Bosan2 kat opis, aku da listkan nak masak apa sepanjang bulan puasa ni.. amacam??.. over tak.. menjadi ke tak ,tak tahu la...hahahhaha.bergantung kepada kerajinan. ngeee.

Semalam, duk kira budget raya. Yela, ni kira first time aku raya dengan status dah bekerja. Before ni, kerja kat DBP tu sampai bulan 5 je. So, aku menganggur la balik .. lepas raya baru start kerja lain. Hmmm, agak pening jugak kira budget raya ni. 





Ok..semua cantik..

Perkara pertama ialah baju raya. Baju2 raya family semua da settle. K.lang aku da sponsor kain,  tinggal turn aku pula beli baju melayu kat abah serta baju untuk anak buah aku, si Wafieq nga Naqiudin. Tapi baju tu kitaorang pakai time raya ke lima, masa majlis kahwin k.lang. So, raya pertama tu pakai la baju yang mana ada. Tu yang ingat nak beli baju raya sepasang lagi. hehehe. 



Perkara kedua adalah duit raya. Bab duit raya ni  pulak, kira ni raya pertama la aku kena bagi duit raya kat parents, adik2, anak2 buah dan budak2 yang datang beraya. Sebelum ni, mampu tgk je la kakak2 bagi duit raya, skrg ni, turn aku la pulak. 



Perkara ketiga ialah biskut raya. Ok, yang ni, aku beli kuih tunjuk je la. senang sikit.hahaha. Memandang kan, raya ni k.lang kahwin, so mesti masing2 busy la sikit. So, bab kuih raya tu ala kadar je la kot. Harap adik aku yang bongsu tu la buat kuih raya. Tu pun lau die rajin..hehehe.



Perkara keempat ,kereta. Memandangkan ni tahun pertama I berkereta, so budget untuk minyak, tol nak balik kg tu haruslah kena sediakan. Kereta pun kena la jugak gi services before balik kampung ni.

Aiishh.. bila tengok list kat atas ni, stress dibuatnya. It's about money, money, money. Ok. kalau bercerita pasal money ni, sampai bila pun tak habis kan. Tp, tak mengapa, harap budget untuk raya tahun ni cukup dan yang paling penting, dapat beraya bersama family tercinta. Lagi satu, tahun ni, mungkin raya terakhir aku sebagai anak bujang kepada ma abah aku. Insya Allah, tahun depan, dah jadi bini orang dah..huhuhu. So, nikmatilah raya tahun ni dengan sebaik2 nya dan paling penting, buat family riang ria di Aidilfitri. :)

Sekian, terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa. 
=)

Monday, June 23, 2014

Sepetang di Floria Putrajaya

Assalamualaikum

Aishhh, lama betol x update blog ni.. Story banyak, tp malas nak tekan keyboard ni.. boleh x mcm tu??.. hehehe.. Ok la, semalam kan.. semalam kita pergi Festival Floria 2014 kt Putrajaya. Sebelum ni, mmg da ada Floria ni, tp ni kira first time aku pergi. Tu pun unplaned pun. Masa lunch semalam, En.Tunang tunjuk gambar kawan dia pergi Floria. So,I pun wat2 la tanya Floria ni last bila dengan harapan si dia faham keinginan gf nye ni..muahahaha..Tp, si dia ckp x tahu. K fine.. Lepas lunch, ingatkan si dia nk hntr balik umah terus, tp tgk mcm menghala ke Putrajaya.. dlm hati, pergi Floria kah??.. tp x tanya pun si dia, tanya sendiri, jawab sendiri dalam hati.. memandangkan, mood hari tu swing sikit.. hahhaha. Tp, bila da masuk Putrajaya tu, da blh senyum sorang2 dah.. Tq en.tunang. hehehe.



Cuaca mmg panas ok.. sbb tak plan pun nak pergi Floria, so xde la nk prepare payung ke ape kan. nasib baik bawa sunglasses. Tp kat situ pun ada je gerai2 yang jual payung, so boleh la beli. Tp I x beli pun uolls, sbb payung da ada, cuma x bawa je..hahaha. Haa, lagi satu, monopod pun ada jual ok kat situ. Kelas kau jahh..

Okay, nak masuk Floria ni, kena bayar tau.. Kat pintu nak masuk Floria tu, ada kaunter, so boleh la beli tiket kat situ. Harga tiket RM 3 untuk dewasa, lau untuk kanak2 RM 1 lau x slp aku. 



Apa yang bestnye kat Floria ni, dia buat "Taman Bertema". So, setiap peserta yang join, buat taman ikut tema masing2. Ada yg Taman perkahwinan,Taman Fantasi, Taman Melawat Malaysia dan ape ntah lagi, x ingat sgt. Banyak jugak la aktiviti menarik kat situ. Tp, serius, cantik sangat ok... sgt kreatif dorang2 ni.  Meh layan gambar dulu yer..


See, seluar jeans pun boleh jd pasu bunga
Burung Merak



Ok.. tang payung ni plg aku suka... Menarik kan




Ok yang ni pula Taman Perkahwinan.. Ok, sgt best, konon boleh la berangan kejap bersanding dlm garden..



mana pengantin lelaki ni..hehehe
Okay.. tu je la..letak bnyak2 gmbr kang, ada yg meluat lak..hahhaa.. ape pun, sgt best walaupun cuaca panas.. Tq en.tunang..lps ni, nak merajuk lg lah.. blh gi jln2 lg..ehh.. hehehehe

Friday, May 2, 2014

1 Rejab & Hari Pekerja

Assalamualikum..

Salam Jumaat semua dan Happy Labours Day too. Cepat masa berjalan,sekarang dah masuk bulan rejab dimana bulan yang sangat mulia. Alhamdulillah, semalam 1 Rejab, berjaya jugak puasa. Insya Allah, nak setlle kan hutang piutang puasa yg x hbs ganti lagi ni dlm bulan Rejab ni. Bulan Ramadhan pun tak lama dah lagi, so kena la rajinkan diri, kuatkan smngt untuk ganti puasa. Lagipunkan...

 Nabi SAW pun ada bersabda.

" Ketahuilah bahawa bulan Allah SWT, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT.

Jadi, bg rakan2 muslimah yang belum lg hbs ganti puasa tu, ganti cepat2 ye.. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. :)

Semalam sempat jugaklah keluar iftar dengan ex-housemate masa degree dulu. Walaupun hanya bertiga, tp kami ttp enjoy. Walaupun masing2 duduk xde la jauh mana pun, tp susah bebenor nak jumpe. Semua busy kerja, i je la uollss yg tak busy.


harus dimulai dengan gambar tuan punya blog .heee
I'm wear halfmoon shawl yang sgt selesa. Boleh usha dekat page facebook NadIzz Collection ok.. ada pelbagai jenis shawl, batik cotton and coming soon skirt.. :)


Kat tengah tu Sem, membe plg best lau nk gosipp.. hahhaa.. last jumpe pun masa wedding Yana. 
Tapi semalam jumpa, kurus giler kot. Asyik kerja je, sampai badan pun susut.. I jugak la yg makin chubby.sob..sob..sob.. Kena diet la lps ni.

Yang hujung, kecik molek tu Laili.. Laili ni, dari mula2 kenal masa diploma lg kecik mcm tu la. Kesian si Lai ni, mcm2 supplement and vitamin die makan, tp x jugak besar.Tak pe Lai, comel pe kecik mcm tu. Ha..lagi 1, si Laili ni mmg jenis happy go lucky. Susah nak tgk die sedih. Lau die ada masalh ke, ttp x pnh hlg gelak tawa die. Pastu jenis yg sangat mudah beralah. 

Owh ya..we ollss lepak dekat Setia City Mall je. tu pun dlm kul 4 baru kitaorg gerak since si Sem buat ot until kul 3.. Then tngu masa untuk berbuka...yeayy. we olls decide untuk berbuka dekat The Manhattan Fish Market. 

Grill Platter
Alhamdulillah, licin kami semua makan..hahahha.. Walaupun dapat lepak kejap, but it's very worth..Tq  korang menceriakan cuti hari pekerjaku memandangkan en.tunang bersuka ria mandi manda dkt air terjun.
Finee ..hahaha



:)

Thursday, April 3, 2014

2 in 1

Assalamualaikum

Hari nie mood nak update blog dtg, so lynkan je la yer walaupun diri x berapa sihat, jap rasa nk demam, pastu sakit tekak. Si dia cakap, demam sebab bertunang kot.. erkkk.hehehe

Ok lah, sementara ingatan ni masih fresh lg, moh la kita cerita serba sedikit kisah  2 in 1. Actually, bukan nak promote produk 2 in 1 nescafe ke milo ke ape ok,  no no no.. ni nak story pasal majlis merisik + bertunang. Sebenarnya, pada perancangan awalnya juz nak merisik je, sbb me dah bincang nga si dia yg me x nak bertunang, leh save budget kat situ and my family pun x kisah if x buat majlis bertunang sebab ma cakap, buat merisik je, pastu kira jadi terus la. Ma bukan ape, fikir si dia pun duk jauh, susah nk dtg bnyk kali. Selangor ke Kelate, jauh kot. So, kptsn muktamad, buat majlis merisik je. So, me dengan si dia pun pergi la cari cincin.Beli cincin belah rotan je, sebab mmg untuk merisik. So, lps da settle semua, da beli brg2 yg nk dibuat hantaran, tp xde la mcm brg hantaran pun, just sbgai hadiah untuk kedua2 belah pihak. 

Ok nak dijadikan cerita, ibu si dia nak jugak buat majlis  bertunang. Pada mulanya mmg me x setuju, sbb  fikir, nanti kasihan kat si dia, nak kena beli cincin tunang bagai. Siap gaduh lagi sebab hal ni. Gaduh2 manje je tau.hehe. Bukan ape,me kalau boleh nak buat simple2 je sbb tu  mana pikir nak beli baju ke ape, just pakai baju yg mana ada je masa majlis nanti. Tapi, bila si dia cakap, I'm the only one menantu perempuan dalam family dia, dan dia just nak penuhi impian ibu nga ayah dia, so me mengalah dan hormat keputusan dia. Tapi, masa ni me x bgtau parent lg sbb tkt  tibe2 plan berubah ke apa. So, si dia cakap la, ibu dia nk turun Shah Alam sbb nak beli cincin tunang tu. Time tu, lau ikutkan hati mmg x nak pergi sbb mood  mmg on off time tu. Kesian si dia, sbr lyn kerenah kekasih hati. Tp lastly ibu die x jd dtg sbb nenek die sakit, tgh nazak jugak la time tu. So, me pun x kisah la kan. Dalam otak ni, duk fikir maybe x jd da kot majlis merisik ni sebab time tu tinggal 3 hari sebelum majlis. Si dia time tu mmg x blk kg lagi sbb get ready kat Shah Alam, if anything yg lbh teruk happen kat nenek dia, sng die ambil adik die nanti. So, pada hari rabu tu, 26 March 2014, dlm kul 11, si dia tel cakap nenek die dah x ada. Innalillah.. So, si dia minta me kuar awal time tu, sbb plan nye lps blk kerja si dia akan hntr me kt rumah my sis, sbb esokkannya nak balik Kelantan. Nasib baik bos bg pelepasan balik awal time tu. Tgk si dia time tu , me agak risau jugak, sbb si dia plg rapat dgn nenek. Masa otw nak g rumah angah tu, kat mind  mmg fikir yg majlis mmg x jd dah. Tel ma, bgtau pasal nenek die da meninggal dan rombongan maybe x jd dtg. Ma pun cakap x pe walaupun dlm hati time tu rasa sedih jugak. Tp, mlm tu, si dia msg bgtau jd dtg, ape lagi mesti la happy kan. heheh. 

Bila da sampai Kelantan tu, bgtau ma yg family dia jd dtg. So, mlm tu kitrg bincg2 la 1 family nk masak menu apa nanti.Last minit jugak dpt tau yg ibu dia beli cincin tunang. Gelabah jugak time tu. Family pun da risau time tu, sbb x prepare ape2 pun kan, sbb ingat just merisik je. Nak beli cincin untuk si dia pun, kat Kelantan kedai mana buka hari Jumaat. So, me pun ckp la kat ma, x pela ma, kita buat mana ada je, buat simple2 je. 

Hari majlis pun tiba iaitu on 29 March 2014, pg2 lagi lepas solat subuh me da start busy. Mana tak nye, pg tu la baru nak hias barang2 yg nak diletak atas bekas hantaran. Plan before ni, mmg ingat nak letak dlm paper bag @ kotak je, tp kena marah nga my mom. Nasib baik bekas2 hantaran time k.ngah kawen dulu ada lg, so k.lang nga ma la yg tolong gubah. hehehe.. Lepas da settle tu, mula la me membizikan diri kat dapur. Tolong mana yg patut. Tak menang tgn jugak. Risau makanan x sempat masak je, sbb rombongan bertolak dlm kul 10 dr Gua Musang. Dalam setengah jam ++ da blh sampai kat rumah. Bila dpt msg dr si dia yg dorang da bertolak, mula la me kalut nak gi mandi. hahaha.Lepas tu cepat2 siap. Bila rombongan sampai, me mmg tgh pakai tudung time tu, mmg kalut giler ase time tu. Nak pakai bedak kat muka sendiri pun terketar2 tangan ni. hahaha. Rupa mcm ape time tu, mmg x fikir dah, cepat2, kuar dari bilik gi salam nga family si dia nga sedara mara die. Lepas tu, majlis pun bermula...

Layankan je la gambar ni. Memang xde gmbr yg ok. Ni pun ambil  dr hp abang ipar.



Sesi perbincangan



Cincin Risik

Cincin Tunang


Cincin Tunang dan cupcake made by his aunt.



Simple je kan..


                   
                
                      Baru sempat nak berselfie after da settle cuci pinggan mangkuk kat dapur..Hahahah

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Majlis yg cukup simple, tp sgt bermakna. Sekarang ni fokus pada majlis kahwin lak. Insya Allah, semoga semua di permudahkan. 

:)