Tuesday, February 24, 2015

Checklist B2B 24 days to go


Assalamualaikum,


Februari dah nak ke penghujungnya.. Cepatnya masanya berjalan.

Dup dap.. dup dap..
Semput lak ase bila tgk tarikh kat kalendar tu. Haishhh, mcm banyak benda lagi tak settle.
huhu..
Sebelum ni konon2 nk sentiasa update wedding cehcklist, kengkonon lau ada b2b yg nk kawen
leh buat rujukan ke ape kan... tp, haremm...I'olls, sgt2 la pemalas nk update
blog, walaupun blog ni xde org singgah baca pun..hahahhaha.
Tapi hari ni, insya Allah, I update siki2 pasal persediaan kahwin yg bakal
menjelang kurang 30 hari lagi.hik3
So far, setakat hari ni yg dah settle lbh krg 60% kot..hahaha. Ok, let's check it out.


Dokumen Kahwin


Perkara paling penting if nak kahwin ialah dokumen kahwin. Jangan ambil mudah yer.  Cuti raya cina hari tu blk kg untuk settlekan borang kahwin. Nebes gak ase bila nak gi rumah tok imam. Mula2 tok imam bagi borang kebenaran nikah perempuan untuk diisi.Makkaiihh, terketar2 tangan ni nak isi borang. Nak tahu pasal pe? sbb tgk muka tok imam pun dah takut, ni nak kena bersoal jawab lps tu ngan tok imam. Lepas dah settle isi borang tu, ada la sesi soal jawab ngan tok imam. Macam biasa lah, kena get ready pasal agama ni, Mula2, tok imam suh baca al-fatihah.. Ok, lepas.. Lepas tu suh baca tahiyat awal. Ok, lepas. Suh baca niat amek wuduk dan time bila kena niat..Ok, lepas. Lepas tu , soalan wajib, niat mandi hadas besar.. Fuhhh, nasib baik semua dapat jawab. Nampak mcm simple kan, tp bila dtg perasaan cuak tu, kdg2 benda simple yg ditanya pun boleh jd lupa tau. Tapi kan, pasal borang nikah ni, tiba2 tok imam suruh serah sendiri kat pejabat agama, selalunya mmg tok imam yg akan serahkan dengan alasan sbb berkahwin dgn lelaki luar negeri. Aikk, rasa masa angan kahwin dulu pun tok imam yg serahkan jugak. Masa balik rumah tu, ma cakapla yg tok imam tak nak serahkan sendiri kat pejabat agama sebab borang hiv saya. Yess, I think so. Actually, borg ujian hiv  tu xde keputusan samada positif @ negatif. Untuk pengetahuan korang2 ,saya buat ujian hiv tu kat Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. If dia bagi balik brg tu means kita bebas la dari hiv tp if positif, dia akan bagi balik borang lain dan akan kena rujuk khidmat kaunseling. Kelantan memang ada borang khas sendiri utk ujian hiv ni. Tapi tak tahu la nape I leh lupa pasal ni. sebab tu lah gamble je gi buat ujian hiv ni ngan encik tunang. Walaupun keputusan sama je dgn encik tunang dan jabatan agama negeri Selangor terima je borang tu, tapi bila kat Kelantan tok imam tak terima lak. Masa ni, just fikir solutionnya kena buat balik la kot ujian hiv ni kat mana2 klinik kerajaan di Kelantan if pejabat agama tak terima ujian hiv tu. Tapi alhamdulillah, semalam abah pergi pejabat agama, dan ma kata semua dah beres.. Fuhh, lega rasa.Dah boleh kawen.. hehehe..

Majlis Akad Nikah


1) Baju Perempuan - DONE
2) Baju Melayu Lelaki - DONE
3) Shawl - belum cari lagi
4) Veil - DONE
6) Kasut Perempuan - DONE
7) Kasut Lelaki - Pakai je kasut kerja ...hahahahha
8) Sampin - Belom beli lagi
9) Bunga Tangan - Kalau rajin diy sendiri, kalau malas, ambik yg bridal sediakan je nanti.hehehe
10) Make up akad nikah - DONE BOOKED


Majlis Resepsi

1)Baju L/P - Bridal
2)Make Up - Bridal
3)Shawl - * Belum beli lagi
4)Pelamin - Bridal
5)Kasut L/P - Pakai kasut masa akad nikah jer..hehehe


Photographer - DONE

1) Akad Nikah
2) Sanding
3) Outdoor - tak decide lagi nak buat outdoor kt mana..


Jamuan Makan

Berkaitan dengan khemah, lauk pauk time kenduri ni, semua ni, ma dengan abah yg uruskan. Tak tempah katering pun, buat rewang. Makanan untuk pengantin pun selalunya abg ipar, kakak2 dan cousin yg uruskan.hehehe.



Goodies 

Goodies dah settle dah. Siap jugak walaupun diy goodie tu sorg2..hehe. Dah siap masukkan dlm kotak dan ikat reben, cuma belum masukkan dlm paper bag lagi. Makanan nak letak dlm paper bag pun belum beli lagi.



Bilik Pengantin


Untuk bilik pengantin ni, masih dilema lg samada nak amek pakej bridal ke atau diy sendiri. Memang dah tempah hari tu,tp if tak nak, boleh je tolak sebab fikir balik bukan org nak tgk sgt bilik pengantin.haha.. Lepas tu, nak tidur kang, kompem kena tukar cadar len .Tak kan nak tidur guna cadar yg bridal bg tu.. hahaha.. Act, cadar untuk bilik pengantin dan bantal2 semua dah beli dah.In case nk diy sendiri. Lagipun tak rugi pun beli sebab boleh guna balik utk bilik sendiri kan. Hmmm, tgk diri ni rajin ke tak nanti.hehehe.



So far, tu jelah kot nak share. Banyak jugak benda kecik2 tak beli lagi ni. Harap2 sempatlah semua nya sebelum majlis nanti.. Ada masa, kita update lagi yer..
=)