Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum..

Baru taip tajuk entry dah meleleh air liur.. Hahaha. mmg da jd viral kt fb skg ni pasal Jeruk Mangga Asam Boi ni dan me salah seorang mangsanya.. Ishh, baru tgk gambar org duk post kt fb tu pun me dah kecur air liur.. Ni tak boleh jadi ni.Nak2 lg me mmg suka mkn asam2 ni. So, me pun proposed la kt en teman gmbr jeruk mangga asam boi ni.. dgn hrpn dpt la mkn nnti..hehehe. Nak di jadikan cerita, mlm tu en.teman bawa la pergi tesco, die ckp tgk kt tesco kot2 ada. Me masa tu x nak bg harapan sgt, sbb takut non hado.. kuciwaaa nanti. Tp,nsb baik ada.. Alhamdulillah... masuk dlm keta terus mkn..hahaha.. xsedar perut kosong masa tu, terus mkn asam.hahaha. 

Tapi kan,.. mengidam tak habis lagi ni.*over tau..mngalahkan mak buyong lak..hahaha. So, hari Selasa tu, after blk keje, and dinner kt SACC Mall tu, intai2 jugak kat dlm Giant tu if ada mangga muda, tp xde jugak.Kebetulan teringat  ada pasar mlm kt Seksyen 17. Time tu pun da nak kul 9 dah, dgn harapan kedai msh bukak lagi. Tujuannye hanya 1, nak beli buah mangga.. Mostly buah mangga yg masak je ada jual, kecewa dah time tu. Tapi nasib baik la ternampak kt kedai jual sayur2 tu, ada la mangga muda.. tu pun, ada yg dah nak masak.So, beli la dlm 5 biji. Tercapai jugak hajat nk buat jeruk sndri. Hahaha.

So, blk rumah ape lagi, terus la gigih kupas mangga ni. Senang je nak buat jeruk mangga asam boi ni..Meh sini, nak share sikit resepinyer.hehe.

Bahan-bahan:
1) Mangga
2) Asam Boi
3) Gula
4) Garam
5) Cili Padi

Cara-caranya adalah;



Kupaskan buah mangga tu, then potong la ikut bentuk yang korang nak.



Lepas tu basuh buah mangga tu dan toskan.

Kemudian masukkan gula dan sedikit garam, taburkan atas buah mangga tu dan gaulkan. Sukatan untuk gula tu, me main letak je, lbh kurang 3 sudu besar.Tapi depend la pada korang, ikut selera masing2. Ha.. lps tu, letak la asam boi dan taburkan cili padi yg telah dihiris kiut2 itu..



Lepas tu, simpan la dalam peti ais, 4-5 jam. Makan sejuk2 mmg sedap ok. Sekali hadap je dah habis. hahaha.Macam kena buat lg jer..hehehe.


=)

Monday, October 13, 2014

6 Month to go...

Assalamualaikum..

Hai korang2 semua.. Hari ni dtg mood nak update blog.. Pasai pe? Pasai bosan tak de kerja nak wat.hahaha. Macam ni lah pekerja cemerlang.. pfff. Dah masuk bulan 10.. Kejap je kan. 5 Oktober hari tu, kita umat Islam tlh menyambut Hari Raya Aidil Adha. Seronok balik kampung ni, walaupun raya kedua dah kena nek kl dah sbb nak hantar adik kat airport.huhu

Okayla, sedar tak sedar, dah 6 Bulan bergelar tunang orang ni..means I have less than 6 month to be someone wifey.Insya Allah..Alahai, kejap je ase masa berjalan. Perasaan setakat ni nak kata nervous tu x rasa lg tp pening kepalo + stress tu ado la.. Hoii, banyak nak pakai duit untuk kahwin ni.. Mana nak cari ongkosnyer.. hahahaha. *tetiba da kuar bahasa Indon. Hahaha. Dengan me yg gaji ciput ni, mmg terasa la sgt duit tu mengalir..

Actually,  for the preparation as bride to be, so far me dah start prepare apa yang patut. Checklist? Of course kena ada sbb senang nanti nak check apa yang da settle, mana yang masih on progress and so on..  So sekarang, me tengah buat doorgift. Ada masa terluang sikit kat rumah sewa tu, me buat la. Maklumlah, bila buat diy doorgift ni, mmg take time sikit plus kena banyak bersabar.. Time rajin je buat, time malas jgn harap nak sentuh benda alas tu. hehe..Doorgift apa yang me ngah buat, tu nanti kita cerita di next entry. ehehe.. Memandangkan tarikh dah pun ditetapkan masa after raya puasa hari tu, so sedikit sebanyak bolehlah bantu me buat persediaan apa yang patut diselesaikan dulu.  Barang hantaran pun, da start beli sikit2 lps tunang hari tu.  Untuk barang hantaran ni, make sure kalau brg tu mcm jam ke, perfume ke, x usah la beli awal2 k. Bukan apa, sbb nti kualiti die jd kurang.. so, satu @ dua bln nak dekat majlis boleh la kot nak beli. Baju family pun, me dah beli kain pasang dan masa balik raya haji hari tu da pass kain kat family untuk dorg jahit. Takut nanti lmbt2, x sempat nak jht lak..Cuma baju untuk abah, abang, abang2 ipar dan adik lelaki nanti lah pergi cari..hahaha.. awl lg nak beli. Color pun me main pilih je, sbb pikiran ni berubah2, kejap nak warna silver la, turqoise la, pink la.. hahaha.Lagipun tema majlis pun tak decide lg warna apa.. Tak tahu dorang berkenan ke tak, biaq pi la.. org da beli.. cantik ke tak tu lain cerita.. Terima lah seadanya..hahaha. Baju akad nikah nanti pun, just survey2 jer dulu sekarang. Beli awal2 kang takut terkecik ke, terbesar ker...hehehe. Bridal pun masih survey lagi..tu pun through fb jer. Just list dulu butik2 pengantin yang okay sekitar Gua Musang dan Kuala Krai. Nanti balik Kelantan kita terjah butik2  pengantin tu dan kenalah booking terus sbb tak ada masa dah kalau tak booking awl2. 

Okaylah, Insya Allah if mood + idea datang, me share pasal my wedding preparation k sbb me sendiri pun suka terjah blog2 b2b yg lain yang cerita pasal wedding preparation dorang. Dari situ leh take note apa yang penting , checklist dan the most important dapat idea utk majlis nanti dr segi pelamin, baju, theme and juga favor for guest.hihi..

Stay tuned :)