Monday, March 24, 2014

Wonder Glow

Assalamualaikum


Sejak kebelakangan ni,xtau la nape jerawat tumbuh bak cendawan lepas hujan kt muka ni. Tapi nasib baik cik jerawat ni tumbuh kat rahang2 pipi, so boleh sorok la bila pakai tudung.Hehe. Ok, bercerita pasal jerawat, kulit I mmg berjerawat ok. teruk jugak, tp tu dulu. Sekarang ni, jrg2 je jerawat singgah, cuma sejak 2 menjak ni je, jerawat banyak naik, besar2 lak tu..urggghhh.. Kalau tgk gambar2 masa belajar dulu, ngeri gak ase..haha. Yela, dulu mana reti nak jaga muka. Asal tumbuh jerawat je, tangan ni mmg xleh duk diam, picit jerawat la kerjanya. Pastu bila da matang sikit, baru menyesal tgk lubang2 pori kat wajah, dgn parut nye lagi. huhu

Actually, aku mmg da lama x pakai ape2 jenis skin care, xde nk pky moisturizer ke ape. Just guna pencuci muka je. Tu pun pakai pencuci muka nivea. Lau time sekolah menengah dulu, aku pakai krim temulawak, pun ok jugak. Walaupun ase melekit jugak sbb muka aku jenis berminyak. So, bila da masuk alam universiti tu, mcm2 produk aku try, Garnier la, Safi, Clean and Clear, tp x tahu mane 1 produk yg ok. Sebab aku main camour2 je pakai, sebab xpernah guna 1 set.  Masa study dulu, rajin jugak la aku google2, tgk produk ape yg sesuai. Stalker blogger2 yg cantik, tgk produk ape yg dorang pakai sampai cun melecun. Tapi mostly, produk yg aku x mampu nak beli. Yela, x keje lagi, mana la mampu kan. Sehinggalah aku mencuba supplement vit c Fellina. Ok, vit c die mmg sgt2 berkesan kt aku. Walaupun harga die mahal ckit, tp the result ke atas aku sgt membanggakan. Cewahhh.. Mula2, perasan parut2 kt tangan aku yg kena minyak panas tu makin pudar,  begitu juga parut dekat lengan aku yg kena kayap. Jerawat memang susah nak tumbuh time tu. Tapi tu la, nak maintain guna produk ni, mcm susah sikit la sbb x mampu lagi. So, lepas tu mmg xde pakai apa2 produk dah. Just amalkan vit c je sebagai daily supplement sehingga la sekarang walaupun kejap2 tukar brand vit c. Sebab tu bila kawan2 lama tanya, aku pky ape, aku xde jawapan. hahaha.sbb mmg xde produk khusus yg aku pakai untuk kulit ni. Time nak keluar ke atau pergi kerja, aku pakai la foundation naturactor tu. Ok, sangat best dan tahan lama ok. Aku beli time nk raya masa tahun 2011 sampai sekarang still ada lagi. Tapi, ciput dah tinggal. Bayangkan da bape tahun, sgt jimat di situ ok. Maybe produk ni kot yang juga membantu buat muka aku kurang naik jerawat.maybe...Tu pun boleh dikatakan hari2 jugak la aku pakai naturactor ni, cuma bila time malas, juz pakai bedak Miyami je. Favourite bedak sampai sekarang.Hehe

Macam yang aku cerita kat atas, jerawat tibe2 naik dgn jayanya kat muka aku sekarang. So, agak stress disini. Google punya google, aku pun try this produk WONDER GLOW. Aku tgk ramai yg guna produk ni muka jd cun melecun. Walaupun aku agak takut nak mencuba, tp memikirkan majlis yg dah nk kunjung tiba lagi beberapa hari, aku kena la usaha juga. 

Ni packaging die. Set Silver

Pencuci muka, Day Cream, Night Cream


Aku try yg basil silver je. Nak ambil yg Gold, x berani lagi, sbb x tahu ok ke tak ngan kulit aku. Sabun pencuci muka yg warna oren tu, aku potong2, jimat sikit. Lau korang guna 1 buku mcm tu, cepatla hbs sabun tu. Actually, aku baru guna 3 hari. Setakat ni, nak kata dah jd cun melecun, tipu la kan. Tapi, en.sayang cakap jerawat kat muka aku mcm da kering dah. hahhaha.. Aku pun rasa mcm tu jugak. Ni pun en.sayang yg baik hati tlg bayarkan sbb bosan dgr aku asyik mengadu pasal jerawat. Tapi, xpe..kita tunggu dan lihat la hasilnya nanti macam mana ye...






Monday, March 10, 2014

Pulanglah MH370

Assalamualaikum

MH 370


Memang x tdo lena duk pk nasib penumpang dan krew pesawat MH 370 ni. Semua org pun mesti tahu misteri kehilangan pesawat ni. Dah masuk 3 hari, tp still x dpt di kesan , still x jumpa lagi MH 370. Sedih, risau, takut, mcm2 perasaan ada. Hanya DIA yg Maha Mengetahui segalanya. Juz berdoa, moga semuanya selamat dan naluri hati aku kuat menyatakan yg drg masih hidup.Hope miracle happen. Pulanglah MH 370, jutaan rakyat menanti kepulanganmu.




Friday, March 7, 2014

Kerja baru

Assalamualaikum

Hai, Salam Jumaat semua..Alhamdulillah, masih diberi peluang utk hirup udara di muka bumi Allah ni, walaupun 2 3 hari lepas, jerebu sgt teruk.

Let's continue our story... Seperti dlm entry lepas, mlm tu I have dinner with my future family which is Amir's family and it is our first meet.My perasaan masa tu, of course la rasa nervous kan. Masa otw tu, siap nak suh Amir patah balik lagi..hahaha.Tapi tu la, nak tak nak kena harungi jua. Alhamdulillah, bila dah jumpa tu, xtau la mane hilang perasaan nervous tu. hahaha..So far everything goes well and I'm happy on that night.

Meh nak cite pasal kerja pulak.. Alhamdulilah, dah 3 minggu bekerja di tempat baru as Admin Executive. Walaupun , kontrak je tp x pe la, rezeki Allah itu luas kan, yang penting jgn mudah give up. Kerja kat tempat baru so far ok la,office pun cantik walaupun rasa mcm bosan sikit.Maklumlah, kerja x banyak lg.Tunggulah projek banyak masuk, baru tau bz ke x nanti kan..Juz skrg ni, tlg2 je ape yg patut. Lagi satu, rasa beryukur jugak sebab office x jauh dgn rumah.Hehehe. Saving sikit disitu, cuma parking je la mahal sikit..huhu

I dpt bilik sendir uollss...Suke2


Bosan2 kat office, selfie je la keje nye 


Ok, tu je la kot.Nanti kita cite kisah  bawa En.Sayang balik kg halaman kita..hehehe



Bye2.....:)


Monday, March 3, 2014

Throwback ...

Assalamualaikum



Tetiba terdetik hati ni nk update blog..Sumpah, rindu sangat nak tulis blog, nk share macam2 cerita walaupun tahu tak ade org yg nak singgah baca my blog ni. Hehehe.. Alhamdulillah, sudah tahun 2014..means, umur pun sudah makin meningkat. Mungkin lebih matang dlm membuat sesuatu perkara dan juga matang dalam mengambil tindakan dan buat keputusan. Sedar tak sedar, dah hampir dua tahun meninggalkan zaman belajar..Cepat je masa berlalu. Teringin nak sambung Master, tp rezeki x ada lg. Insya Allah, ada rezeki lebih, kita sambung master yer.. :) 
Ingat tak, last entry tahun lepas...masa tu jadi penganggur terhormat kat rumah after my contract dekat Dewan Bahasa da tamat. So, masa tempoh menganggur tu, aku da plan nak ambil lesen kereta. Walaupun, masa test bukit tu aku fail, then kena repeat blik, Alhamdulillah, finally berjaya juga lulus. Kalau nak review pasal lesen kereta ni, mmg bnyak la kisah duka nye. Tapi, bila da dapat lesen ni, ingat blik tergelak sorg2...hehe. Ok, bila da dpt lesen, mmg terniat la nak beli keta kan.. Kereta idaman, of cos la ada kan..tp, mampu nga tidak je nk beli nye. Actually, masa failed ambil lesen kat Kelantan tu, aku nekad nk bawa diri ke Shah Alam, kebetulan dpt offer job kt sana. So, masa tu tak fikir apa dah, mmg nak bawa diri, sbb protes kat diri sendiri asyik failed je bawa keta..On September, aku bawa la diri ni ke Shah Alam.. Masa sampai tu, kawan aku jemput kat bus stop then aku tumpang tidur umah Laili , housemate masa degree dulu. Dlm seminggu juga aku tumpang dkt rumah die, dan dlm masa yg sama, mmg aku cari jugak umah sewa yg lain yg lbh dekat utk aku pergi kerja. Sebenarnya, aku dapat kerja sbb pembantu butik merangkap fashion consultan kat butik Woman of Jannah, yg terletak kt Plaza Masalam. Butik tu baru  lg buka.Owner dia pun, slh seorgnye kak Farah Adeeba, dan kak Awin Seindahwajah.Tu pun kalau korang kenal la.Mungkin masa tu aku terdesak sangat, sebab tu aku setuju je kerja kat situ walaupun kerja die by shift. Korang faham2 je la bila kerja by shift ni, then kerja lak butik kat shopping complex ni, mmg kena ada la waktu kerja smpai malam. Then, Alhamdulillah dapat juga umah sewa yg dekat nga tempat keje.So, aku gi keje jalan kaki je around 15 minit.Walaupun rasa takut tu ada tp, dlm hati berdoa moga Tuhan permudahkan urusan aku untuk cari rezeki. Almost 4 bln jugak aku kerja kat situ. Nice experience, sbb banyak benda belajar like tema warna, mix and match baju, tutorial tudung dan juga event management. Paling best, bila customer dtg nak  cari baju untuk gi dinner or any event, then consult customer ttg baju2 yg sesuai, tunjuk cara pakai hijab, then bila customer suka dgn apa yg kita suggest, rasa happy sgt. Bukan sng tau nak tambat hati customer. Juz ingat, setiap customer yg dtg tu, itula yg akan bagi kita duit tiap2 bulan.

Hari kedua keje



Kak Farah, one of owner, yg banyak bg guide psl fashion



Team mate yg super duper best. Semua ada degree ok.



K.El, supervisor yg suka makan ice cream baskin robbin. Pengsan mak hari2 mcm tu..hehe.



Then sepanjang empat bulan tu jugak, aku settlekan balik lesen kereta yg tertangguh tu, dan finally aku lulus jugak.Syukur, Alhamdulillah. Pertengahan bulan 12, aku decide utk berhenti kerja. Lagipun, xkan selamanya nak kerja mcm tu, bukan aku x suka, tp bila time blk malam, aku tau ma risau..Time En.Amir ada, kira ok la, boleh die ambil time blk keje.Time die gi outstation, mmg blk nga teksi la.Masa behenti keje tu, mmg aku xdpt keje len lagi. Walaupun, banyak dah tempat aku minta, tp bukan rezeki aku lg. So, aku decide utk blk kg. Tapi time tu, mmg aku xbgtau family yg aku da berhenti kje sbb x nak risaukan dorang. Dalam seminggu juga aku balik kg, sbb nk tgk abah sakit kena kencing manis. Skg pun, abah x blh jln sgt. Jalan slow2 mcm tu la sbb kaki die rasa kebas. Hari tu masa ngah solat pun, abah jatuh. Risau bila pikir keadaan abah. Ok, back to story, after seminggu kt kg, aku naik Shah Alam blik, dgn 1 harapan yg aku akan cari juga kerja. Kebetulan, ada 3 company call utk interview. So, En.Amir ambil cuti teman aku utk interview. 2 kat PJ dan 1 kat Klang. Memang agak rushing jugak la. Mula2, pergi kat PJ, pastu bos xde, so drg suh dtg ptg ckit.So, aku pun pergi la yg company 1 lg kt PJ jugak. Tak sangka lak, lama lak interview kt ctu. Janji utk interview kt Klang kul 11. Tp, nak x nak, terpaksa postpone kul 12.Memang rushing gile time tu. Masa kt Klang, company tu ckp die akan pngl utk second interview if selected. So, aku pun ckp ok je la. Then , masa kt PJ tu, aku dpt rasa yg aku dpt kerja tu, tp xde la berharap sgt. Then, company last yg kt PJ tu, aku rasa mcm x bermint. sbb mcm drg interview pun main2 je. So, nak dijadikan cerita, esok tu dpt call dr company yg kt Klang, panggil utk second interview.Masa tu mmg hti berat, sbb dilema nak pergi ke x.Pikir nt, lau dpt, nk gi kje mcm ne.Tu la masalah utamanya.Lastly, masa hari second interview tu, aku bgn awl, tp msh x tau nk pergi ke tak. Kesian En.Amir, call bnyk kali, msg, tnye nk pergi ke x, tp aku x bg respon. Company tu call pun aku x angkat.hahhaha..bgus btul prgai.. Tapi, rezeki Allah tu luas, pg tu jugak,aku dpt call dr company kat PJ tu pangil aku masuk keje. Bincang2 nga En.Amir, die ckp, die sanggup hntr dan ambil aku kje sementara nk dpt keta. Walaupun gaji xbanyak, tp aku follow je. Org desperate mmg mcm ni..hahaha.
Lps, dpt offer letter tu, mmg terus buat loan keta. Masa tu, x pikir da pasal keta idaman, juz pk lau x lepas myvi, viva pun jd la. Tgk pd gaji, mmg x lps la myvi, so lepas viva je.Tu pun, kena ada penjamin. Dalam raya cina mcm tu la, Alhamdulillah, i get my new baby..hehehe.

Introduce, my new baby 4 kaki , MiCha. :)


Ok, masa keje kt PJ tu, aku agak stress juga sebenarnya.Banyak sgt keje, mmg xde masa ko nk kuar lunch, nk buka2 fb ke. Dahla pg2 stress dgn jalan jem. smpy opis, keje bnyk.pastu kena marah nga bos.Alahai,...huhu. So, dkt sbln lbh aku keje kt PJ, aku berhenti. Aku bg alasan nk balik kg , jg abah. So, dlm tempoh seminggu notis tu, alhamdulillah, banyak company yg call aku utk interview. Then, ada 1 company ni kat S13,Shah Alam, die tau yg aku da kje, siap tnye lg, x nk tukar keje len ke..hahhaha..mestila nak kan lau dpt yg lg better, lg dkt nga rumah. So, bila dah berhenti keje, aku pergi la interview kt HQ die, di Seri Kembangan. Tak de interview pun,bos tu terus cite keje ape yg aku kena wat sbg Admin Exec. Dalam hati confius jugak, eh, dpt kje terus ke ni.. Memandangkan rumah sewa aku kt S9 tu x jauh pun nga S13, so tu satu kelebihan la. Tp, drg ikat aku 2 tahun, tkt aku bhnti..hahhaha. So, lepas bos trgkn keje ape kena buat, gaji semua, terus drg suh aku g wat medical check up. Masa tu, follow je la. So, setle medical check up, terus pk samada nk pergi @ x interview kt 2 company lg hari tu. So, fikir punya fikir, akux pergi. Sebab hati ni kuat menyatakan yg aku dpt keje tu. So, ptg tu setle pergi ambil baby MiCha kt perodua utk service, aku gi KWSP, cek penyata, dan mlm tu, get ready for dinner with future family..dup dap, dup dap..heheheh..

will continue...:)