Wednesday, May 6, 2015

Life after married

Assalamualaikum


Fuhhh fuhhh fuuuhhhhh.. kasi tiup sikit habuk2 kat wall blog ni.hahaha.  Alhamdulillah,  life after kahwin ni banyak gak berubah. Kadang2 rasa macam tak cukup je masa sehari tu..Rasa macam banyak benda tak settel lagi. Yela, bangun pagi, lepas solat subuh dan bersiap, sediakan breakfast baru kuar pergi kerja, dalam kul 7 lebih macam tu baru sampai rumah. Lepas solat maghrib terus bersilat kat dapur sediakan makan malam sementara husband mandi dan solat. Lepas makan malam, kemas2 dapur, baru lah diri ni dapat mandi and cuci baju. Alhamdulillah, dah ada washing machine sekarang.Kalau tak, jenuh jugak nak basuh tangan. Kadang2 tak larat dobi la tempatnya. Masa bujang dulu tak kisah la basuh tangan sbb baju sendiri je.Dah kahwin ni lain sikit..baju bertambah dah.. Dasarrr sgt kan..hahahahaa..Dengan adanya washing machine senang la sikit kerja, campak je dalam mesin basuh tu sementara tu boleh la buat kerja lain. Thanks parent in law bagi hadiah kahwin washing machine ngan set meja makan.hehehe. Masa awal2 kahwin tu lagi la penat. Maybe penat uruskan majlis kahwin tak hilang lagi masa tu. Lepas tu tanggungjawab dah bertambah. Dulu sendiri2 je, sekarang makan pakai suami kena la jaga. Sekarang alhamdulillah, masih lagi belajar galas tanggungjawab sebagai isteri. Nasib encik suami tak banyak kerenah,malah banyak membantu sang isteri ni yg kadangkala bermalas-malasan.hehehe. 

Sekarang ni, kitaorg just fokus pasal barang rumah jer. Beli perabot, barang2 dapur, dan kelengkapan rumah. Betullah org cakap lepas kahwin ni, banyak nak pakai duit. Pelan2 Insya Allah, ada rezeki lepas kahwin tu. Biasa la bila masuk rumah baru ni, kena beli itu ini nak bagi nampak macam rumah sikit. Walaupun, hanya rumah sewa, tp tula tempat kita nak berteduh, nak berkasih sayang dengan pasangan...heheheh. Beli sikit2, ikut keperluan , bukan kehendak yer..Lau duit banyak, tak kisah.. semua boleh..hahhaha.



Bab makan lak, alhamdulillah suami tak cerewet bab makan, apa yg dimasak itulah yang dimakan. See the body la.hahhaha..*sorry husband,jus kiddin :) . Bila sebut bab masak ni, i'olls selalu la pening nak pikiaq menu apa nak masak. Tu tak campur bila family in law datang, lagi la jenuh duk pikir nak masak apa. Setakat masak simple2, menu2 kampung boleh la..masih kena belajar lagi ni. Tapi bila cakap kt suami tak tahu nak masak apa, mula la die offer diri nak masak. I is okayyy jer. haha. Bila penat ke, malas yg amat ke, suami la yg akan ke dapur. hehehe. Bersyukur dapat suami yg ringan tulang.  Kadang2 duk depan tv sambil lipat baju pun, suami gatal je tangan nak tolong lipat sama. Tapi kejap je la, sebab lastly I  kena lipat balik. hahahha.. paham2 jela, Lipat tak kena caranya baik tak payah lipat.Tak pasal2 kena bebel sbb rajin sangat.  

Eh2.. ni bukan entry nak puji suami tau, jangan salah paham lak. I just cerita the situation after married.Tu jer.. I pun tak tahu suami I punya tahap rajin tu sampai bile.harap2 berpanjangan la..ringan sikit beban isteri..hahahaha.. Sebulan 16 hari baru hidup sebagai husband wife ni.Masih jauh lagi perjalanan, masih banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Doakan moga ikatan suci kami kuat dan dikurniakan rezeki yg soleh dan solehah. Insya Allah. Aminnn 



No comments:

Post a Comment