Friday, August 29, 2014

Jamuan Raya Desperado Housemate

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.. yeay, esok cuti sampai Isnin. :). Hari ni pun ramai yg da ambil cuti kot balik kampung since hari Isnin cuti sbb 31 Ogos merdeka. So, cuti Merdeka tu hari ahad ditarik cuti ke hari Isnin. sbb sunyi sepi je tgk area office ni. 

Hari ini dah 3 Zulkaedah. maknanya raya dah habis. Cukup2 lah tu raya,kita tunggu bulan Oktober ni pula, kita sambut raya Haji lak. yeaayyy. Entry kali ni nak up kisah jamuan raya Desperado Housemate. Desperado Housemate ni geng2 rumah masa degree. Tak ingat dah mcm mana leh dapat nama tu. Tuan rumahnya haruslah si Tyma sbb Tyma je yg ada rumah sendiri dan dah berkeluarga. So, plan nak ke rumah Tyma ni sebenarnya sblm puasa lagi. Tapi tu lah, ada je halangan yang xdpt dielakkan. So, aku dengan si Sem pun plan untuk pergi beraya ke rumah Tyma. Boleh la guna alasan raya. Lagipun, dah lama x tgk baby Hannan. Last jumpa pun masa Yana kahwin. Kali ni mmg dah nekad dah, sapa yg nak join, join,sape yang x dapat join, x mengapa. So, last2, aku, Sem nga Laili je yg join. So, tnya si Nawal sekali yang nun jauh di Melaka nak join ke tak.. and Nawal ckp nak. yeay walaupun kena pickup Nawal dekat Terminal Bus Seremban, tp x kisahla , janji dapat kumpul ramai2. *ramai la sangat. hahaha. Si Syikin  lak, ingt dapat join, tp die cakap kul 3 bru die sampai kat ktm Seremban.. agak lwt kot if kitrg nk stay lama2.. So, kitrg berempat je la yg dtg beraya ke rumah Tyma. 

Kitaorg pergi hari Ahad, since Laili kerja hari Sabtu. So, dlm kul 11 mcm tu kitaorg gerak dr Shah Alam. Lepas ambil Nawal dkt terminal bus around 12 + , kitrg terus gerak ke Senawang dengan menggunakan khidmat waze. Thank you waze. walaupun bla da sampai taman perumahan si Tyma tu agak pening jugak, sbb banyak sgt lorong rumah.Nasib baik jumpa jugak.hahhaa.

Us..haruslah kita berwefie dulu..haha . Baby Hanan pandang mana tuu..


Mari lah kita makan kuih raya dulu sbb masing2 dah kelaparan sebenarnya sbb x breakfast lg. hahaha.



   
Baby Hannan pandai tgk kamera ye..

Baik je baby Hannan ni tau. Tak nangis pun.. sesetengah budak dengan org yang die x kenal kompem dah nangis. Muka sebijik macam abah die si Hafiz. ada lesung pipit lak tu.. Moga membesar dengan baik ye, jd anak yang solehah.

Okay, menu utama dah siap..ape lagi, jom terjah. hahaha. 


Kitaorang dah siap pesan dah kat Tyma suh masak sedap2 nanti, sbb nk dtg bawa perut kosong je. hahaha. Tyma nga husband die masak nasi chicken chop. sedap2, I siap tambah lg tau..hahaha. 

Borak, mkn2 bagai x sedar dah kul 3.. bus nawal lak kul 4.30. so, kitarg solat Zohor terus kat rumah Tyma sebelum balik. 

Nawal... bakal jd tunang org dah ni..hehehe
Okay lah, perut pun dah keyang, so kami pun beransurlah pulang.  Hujan lebat kot time tu.. banyak pulak air bertakung kat sepanjang jalan.  Lepas hantar si Nawal kat Terminal bus, terus bertolak balik.. Sampai Shah Alam, perut ni masing2 dah lapar balik. Maybe sebab hujan kot. So, kitaorg decice makan something yang berkuah macam sup bagai.. sebab x tahu nak makan kat mana, so I decide makan kat Old Malayan Kopitiam kat Seksyen 7.

with Sem aka Sema Abdul


Kurus je si Sem ni. Kuat nau keje nye.. I'olls is jeles tau tgk si Sem ni kurus.. Sem ni teman plg best lau nak gosipp. hahaha

Laili


Laili yg happy go lucky, baik org nye. Si Laili ni baru balik dari Dubai. best nye kerja kat travel agency ni, blh ke oversea.. Thank you Lai for the perfume and fridge magnet from Dubai..hehe

Borak punya borak, x perasan hari da gelap. Aishh, mcm ni la bila masing2 jumpa, ada je cerita yg kuar. Jadi, marilah kita mengundurkan diri.  huhu.

Last but not least, terima kasih Tyma dan husband sbb sudi terima kunjungan kami ni. Insya Allah, ada masa kita jumpa lagi.

Tyma  aka tuan rumah

Bye :)

2 comments: