Tuesday, August 19, 2014

Raya 2014


Assalamualaikum

Dah masuk Syawal ke 23, baru nak update pasal raya .. hehe. Takpe, raya kan sebulan. Masih berbaki 7 hari lagi kan. So, mood raya still on okay. Raya tahun ni biasa-biasa je, sederhana je memandangkan raya kelima my sister kahwin. So, preparation more to her big day. So, tahun ni, first raya, tak de pakai baju raya sedondon macam tahun sebelumnya. So, pakai ikut suka hati jer. Tapi, all ladies in da house pakai jubah gituuu.. Tak pakat pun, sbb masing2 sorok baju raya masing2. I jer yang beriya2 tunjuk baju raya kat family. Raya tahun ni pun, tak semua dapat balik. My sister yg sulung, raya rumah mertua, then my abang pun tak dapat balik, sebab ada operasi kat Lahad Datu. Bulan September baru balik. Kesian kakak ipar beraya tanpa suami tahun ni. 


Macam biasa, pagi2 da bersiap untuk solat sunat Aidilfitri. Balik dari Masjid, tgh bersiap2 dalam bilik, da riuh rendah dah kat ruang tamu. Macam tu la, bila pagi raya dah ramai yg datang beraya. Nak tak nak, kena la layan kan. Nama dah hari raya. Ehh, jgn salah faham yer. bukan tak suka tetamu datang rumah, cuma kan lagi bagus, pagi tu bia ahli keluarga masing2 berkumpul, bersalam-salaman , minta maaf bagai, pastu ambil  gambar family. Lepas tu, baru la sesi ziarah menziarah umah jiran, sedara mara. Betul tak?.. Ni tak, kul 12 lebih baru kami dapt salam, minta maaf nga family. Tu pun, abah time tu dah tukar baju dah, sbb panas, then nak ke kebun lak. Maklum lah, musim durian, mmg ramai la yg nak durian time tu.

Ni antara buah durian hasil dari kebun abah


So, dipendekkan cerita raya tahun ni, biasa2 aje. Cukup sederhana, walaupun tetamu tak putus2 datang beraya. Raya tahun ni pun, sorang je kawan I yang datang beraya kat rumah iaitu bestfriend I si Adie tu.  So sad.. Selebihnya, i yg g beraya umah kawan2 dan jumpa masa jamuan raya batch SPM 2006. Tapi ok la kan dari x jumpa langsung. hehehe.

Meh layan gambar raya yg x seberapa ni. Tak banyak pun gambar dlm handphone ni, sbb selebihnya dalam kamera adik. Dia tak sempat transfer kt laptop lg. Jadi, tgklah mana yg ada yer.. hehehe.

Selamat Hari Raya dari tuan punye blog dulu...


Da tengahari baru sempat nak minta maaf, peluk cium bonda


Kurus je ma time ni, sbb x cukup rehat uruskan majlis kahwin kak lang.. Masa raya hari tu pun, ma demam. So, xde lah nak merasa ketupat yg ma buat.. huhu. 

Adik Bongsu aka satu2 nye adik perempuanku


Anjang aka satu2 nye adik lelakiku



Kak Lang aka pengantin baru

Ni gambar masa jamuan raya  batch kitaorg. Tak ramai pun yg hadir, sbb masing2 ada komitment dengan kerja dan ada yg dah berkahwin kena raya rumah mertua.

Add caption

Masa ni I baru nak berkenal2 nga dak2 laki dlm gambar di atas. Mmg x ingat nama sape, sbb tak sekelas. hehehe.


Semua bukan rakan sekelas ku. Tapi kawan tetap berkawan, Giteww

Ok lah, itu je cerita raya untuk tahun 2014. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki, kita up entry raya tahun 2015 lak yer.. hehe. So, dikesempatan ini,  I nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua, Maaf Zahir Batin.

=)

No comments:

Post a Comment