Tuesday, December 30, 2014

Penghujung 2014

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik dah nak ke penghujung tahun 2014 dah. Rasa kejap je kan masa berlalu.. Tak lama lagi dah nak tukar status. ehhh.. hehehee

Kalau cerita pasal azam 2014 ni, ase macam ada yg dah tertunai, ada jugak yang belum. hahaha. Tapi selalunya tak pernah tercapai semua azam tiap2 tahun. Jadi bersyukurlah jika azam dah ditunaikan dan yang belum dapat ditunaikan, tak pe, tahun depan ada lagi..Insya Allah jika masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, kita sama2 usaha untuk perbaiki diri  dan kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Aminn..
Sepanjang tahun 2014, Alhamdulillah banyak perkara manis dari pahit. Tahun ni, on raya cina dapat beli aset pertama iaitu cik vivaku.. hahaha.. Walaupun bukan kereta impian, tapi syukurlah, berguna untukku nak ulang alik pergi kerja dan balik kampung disamping mengurangkan rasa takut untuk drive. Nak pakai keta pun kena padan ngan gaji.. I ni gaji kecik je, so kena la pakai keta kecik2 gak..Nak2 lagi harga minyak dah naik, fuhh.. berpeluh ase..rasa macam duit mengalir macam air. Terasa sangat tau..
On March lak, I da selamat dipinang. ahahhaha.. kiranya dah selamat jadi tunangan orang. Majlis yang cukup simple tp sangat bermakna. Dah 9 bulan bergelar tunangan orang. Insya Allah lagi 3 bulan tukar status lagi.hehe. Dalam tempoh bertunang ni, so far Alhamdulillah..gaduh kecik2 tu biasala, paling lama gaduh pun, sehari dah baik balik. Selalunya I lah yg jd puncanya.. hahhaha.. pompuan, emosi ni swing sikit.. nak2 lagi bila bulan mengambang.. ada je yg tak kena. Kadang2 kesian gak kat encik tunang..tp nasib baik la die ni jenis penyabar org nye.. paling kurang pun, bagi bunga + coklat ke kek, comfirm lepas tu mood ok balik. hahahhaha.. mengada sangat tau.:P
Raya kelima lak, my sis dah selamat jadi bini orang dah. Fuhh, lega..tak payah langkah bendul.hehehe. Yela, on my engagement tu, tak de la bunyi khabar angin kak lang nak kawen.. tup2 bln 5 die gtau nak kawen. Katenya bercinta selepas nikah. Alhamdulillah, semua dah selamat.Kalau ikut turn, mmg turn I la sekarang. Sekarang pun kak lang ngah pregnant. Bunting pelamin katanye.hahaha.So, bulan 5 tahun depan dapat anak buah lagi.Bestnyer..hehehe
Citer pasal anak buah ni, 21 Oktober lepas,kak long i da selamat lahirkan baby boy iaitu Che Aniq Kashfullah.  Kira baru 3 orang lah anak buah sekarang. Tahun depan tambah lagi sorang. Ramai2, meriah sikit umah nak2 lagi bila time raya @ semua berkumpul kat rumah abah.
Banyak2 cerita gembira tahun ni, tak sangka baru2 ni Tuhan uji dengan ujian yg sgt hebat..Musibah banjir teruk di Pantai Timur. My family iaitu kak long antara mangsa banjir yg terlibat.Rumah totally lost. Tak tahu nak cerita mcm ne lagi sebab dah masuk hari keenam hari ni tapi still tak dapat contact kak long sekeluarga, dan still tak dapat contact abah kat kg jugak ekoran bekalan elektrik, air dan coverage terputus. Tp my cousin bagitau abah ok, cma duk bergelap la.. stok mknn pun x de sbb semua perhubgn luar terputus. Risau since abah duk sorg kt rumah while my mom pergi umrah..Tapi my mom baru balik hari ahad 28/12 hari tu.. 1 hb Jan ni Insya allah akan balik kg. Paling dirisaukan kak long sekeluarga la.. mcm mana la keadaannya.. Fikir anak2 buah lagi, mkn cukup ke tak, tdo dlm kesejukan.. Allahu, sebak hati ni bila fikir keadaan dorang. Hanya doa yg mengiringi. Menghitung hari nak balik kg.





No comments:

Post a Comment