Saturday, March 9, 2013

Bila rasa sedih...

Assalamualaikum...

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh lari dari masalah, dari tekanan, dirundung rasa sedih, gelisah, marah dan dengan kata lain dari ujian Allah s.w.t..sudah fitrah kita sebagai hambanya utk diuji..Bila rasa sedih itu datang, buatkan kita jadi lemah... totally, out of mood.

 Aku akui, sejak akhir2 ini, banyak sgt benda yg bermain difikiran ni..aku cuba diamkan diri, buat seolah2 tiada apa yang berlaku, bergelak ketawa, tp tidak semudah itu... bila sampai satu tahap, air mata ini tetap jatuh jua..Menangislah jika itu boleh buat kita rasa tenang.  Setiap hari, balik dari kerja,rutin harian aku tetap sama.. aku akan kms bilik,basuh baju dan sbgnya, then mkn, mandi, solat dan tido.. Al-quran adalah teman terbaik aku....bukan nak menunjuk alim atau apa..tp dgn baca al-quran lah, aku rasa tenang...dan sejadah adalah tempat terbaik utk aku mengadu pada Allah..Dia yg Maha Mendengar...Mungkin kawan2 jugak boleh dijadikan tmpt utk meluahkan apa yang terbuku di hati..tp aku tidak mahu bebankan masalah aku dgn sesiapa..Kalau dulu, aku ada Alin, kwn baik aku, dialah tempat aku berkongsi cerita, tmpt aku menangis..dia yg memahami aku.. tp, skg dia jauh dari aku.. contact pun melalui email je.. Alin.. i need u rite now... :(,  Tapi sekarang, aku selesa berdiam diri..walau aku tahu, lagi lama kita pendam, lagi rasa sakit hati..lagi buat kita rasa sedih..dan tidak dapat menyelesaikan kekusutan yang dirasa.

Ya Allah, tika saat ini, aku mmg tidak terdaya, jiwa rasa lemah sgt..Aku tahu, aku kini sedang diuji..diuji sejauh mana kesetiaan, keikhlasan, kesabaran hambamu ini..Kau pemudahkanlah segalanya Ya Allah..berikan aku ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi hari2 yang mendatang..



Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya: 

    " Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku ditanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarkannya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku"

 
 
 
Bila kita sedih takde satu perkataan pun yang dapat menggambarkan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa tiada orang yang boleh fahami perasaan kita..
Bila kita sedih kita rasa tak nak diganggu.. 
Bila kita sedih kita rasa nak dibelai dan disayangi..
Bila kita sedih kita cuma nak layan kesedihan kita dengan menangis dan mengenang..
Bila kita sedih kita harap rasa sedih itu akan hilang detik demi detik..
Bila kita sedih sebenarnya kita tak perlukan perkara lain selain masa...sebab masa itulah akan mengubat kesedihan itu...
"because time will heals"
 
Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri..Tabahkan hati, kuatkan semangat NurNadiah
 

No comments:

Post a Comment